Monday, December 20, 2010

mahalnya kos belajar..hmmm...

Anak-anak semakin hari semakin membesar tanpa kita sedari atau masa yang berlalu pantas. Sedar-sedar anak-anak nak masuk U. berapa yea permulaan nak masuk U? standard n biasa ngam-ngam la antara RM5000 hingga RM10,000. 
kalau anak sulung yang nak masuk U, memang kelam kabut dan tak tidur malam la parents tambah-tambah gaji cukup2 makan. mana nak cekau wang banyak itu on the spot. garu la kepala yang tidak gatal, namun penyelesaian tak keluar2 juga.
 Belum lagi termasuk anak yang dapat tawaran belajar di luar negara. anda tidak mahu fikir? atau redha sahaja sehingga tibanya masa anak anda dapat tawaran dari U? jadi jangan berlengah lagi ,menabung laa untuk masa depan anak-anak anda, kerana ilmu lah harta yang mampu diwarisi dan kekal abadi.

jangan takut bila harga unit amanah menurun.











Sudah lumrah pelaburan harga naik dan turun, disini saya selitkan contoh data  dari KLCI yang membuktikan walaupun harga turun naik namun grafnya menunjukkan semakin menaik dari tahun ke tahun. sebagai pelabur anda jangan risau. Kerana anda ada kaedah untuk mengurangkan risiko kerugian.
bagaimana?
semasa harganya jatuh anda sepatutnya membeli lebih banyak unit.
Kenapa?
Kerana harga jatuh bermakna harganya rendah, katakan anda membeli RM200

dulu               RM 1    = 1 unit     Maka, RM200 /RM1 = 200 unit anda ada

sekarang       RM0.50 = 1 unit   kalau, RM200/0.50     = 400 unit anda perolehi

siapa yang untung? mesti lah yang pegang lebih banyak unit kan.

dulu2 gula-gula seposen 3 biji, sekarang RM1

Hai duit betul-betul berhantu, sat jer dah lesap. RM50 macam RM10 jer. sudah la barang yang mampu dibeli dua tiga jenis sahaja dengan duit RM50. Confius kan? Nilai wang kah yang semakin merudum atau harga barangan yang semakin meningkat? Apa pandangan anda? walhal tahun 90-an RM1 boleh beli nasi, minuman,alat tulis, dan keropok. tetapi hari ini, RM 1 cukup untuk bayaran masuk tandas jer....  

Belanja Or Simpan yg jadi keutamaan anda?

 sayang kan, ramai yang tidak tahu penting nya mempunyai emergency fund. selalu dapat gaji, beli itu, beli ini, makan mahal2, pergi makan angin, melancong, tut... tut... baki yang ada cukup- cukup untuk survivor hingga hujung bulan.
Sebabnya tak mengapa isteri makan gaji, tak mengapa tahun depan gaji naik, tak mengapa ini kan tinggal kat Malaysia, masih banyak subsidi dari kerajaan.
Masa bila anda nak sedar?
1.)Masa dah bersara, agak-agak anak bagi tak duitnya? bagi..
berapa?  ..RM200 ,RM300, RM500.. tapi mereka jugak ada isteri, anak-anak yang semakin membesar. mereka juga ada angan-angan nak tukar kereta, beli rumah dan hantar anak masuk Universiti.
Jadi selama mana mereka akan membiayai perbelanjaan kita?
setahun, dua tahun atau sehungga kita berumur 75 tahun.. ada yang mampu tapi kadang-kadang.

2.) Ada pencen dan duit EPF
Berapa jumlah EPF? Bulanan pencen?
RM100 ribu EPF, pencen RM1000 sebulan.
Kos hidup semakin meningkat setiap tahun, anda rasa cukup ke nak teruskan hidup dengan wang itu? 
saya tolong kirakan.

perbelanjaan bulanan                      Jumlah EPF                              Masa yang digunakan
RM1000                                            RM100,000                                          8 TAHUN, 6 BULAN
RM2000                                            RM100,000                                          4 TAHUN, 8 BULAN
RM4000                                            RM100,000                                          2 TAHUN, 1 BULAN
RM8000                                            RM100,000                                          1 TAHUN, 1/2 BULAN

Atau selepas anda bersara anda masih ingin bekerja? Larat kah anda? anda jamin anda tiada sakit kritikal pada masa itu? Bebas dari sebarang penyakit?
Kalau ya, Alhamdulillah.
Tetapi siapa yang mahu mengambil anda bekerja dan kerja yang bagaimana sesuai dengan anda?

3.) kos hospital dan perubatan tinggi dan meningkat saban tahun.
pada satu pagi anda bangun dari tidur, anda kaku dan diserang penyakit. Doktor memaklumkan kos rawatan anda RM80 Ribu.
Pasangan anda memikir sejenak, dimana nak cari wang sebanyak itu? Siapa yang nak menolong anda?
kenapa anda tidak menabung pada masa sihat anda dahulu.
anda hanya mempunyai dua pilihan samada berhutang atau terbaring di hospital menunggu sakit itu sembuh atau menunggu ajal tiba.
Tempoh sakit anda hanya Ilahi yang tahu dan tentukan.
nauzibillah, minta dijauhi semua ini.

jadual basic dividen ( $$$$$ yg akan anda perolehi, kdg2 lebih lagi dari ini)

jadual ni bgtau anda, min bulanan anda tuk melabur RM100. Andaian
En. Ahmad telah melabur Rm100 sebulan selama 20 Tahun,10%. Selepas 20 thn En Ahmad menyemak jumlah pelaburan iaitu RM76,570.

mengapa jumlah tinggi daripada simpanannya yg sepatutnya RM24,000?
 kerana dividennya setiap tahun  telah dilaburkan semula.


jadual di atas tuk KWSP/ EPF. Simpanan wajib yg gov tetapkan mesti ditolak dari Akaun 1 Pelabur, baki melebihi RM1000 sahaja dibenarkan melabur. contoh. Pn Amily berumur 32 tahun Akaun 1 EPF nya ialah RM40,000. 
PENGIRAAN
RM40,000 - RM22,000  = RM 18,000
20% x RM18,000 = RM 3,600
RM3,600 MAX Pn emily layak melabur


jadual ni tuk pelaburan lumpsum . 
katakan Mimi melabur RM10,000 selama 10 tahun (andaikan dividen 10%) 
Mimi akan perolehi RM25,937.

Sunday, December 19, 2010

Anak cepat membesar, pendidikan amat penting.. tapi $$$


EDUCATION
NANA Berumur 9 tahun, mama dier merancang PLAN TABUNGAN untuk nana memasuki university apabila  dia telah berumur 18 tahun nanti.

UMUR Nana 9 tahun --------------------------  untuk masuk university (Umurnya 18 Thn masa ini)                                            (8 tahun)
 PERMULAAN PELABURAN
               
 RM5,000        ----------------------           RM21,436
         2                     
                                              
                                                            =   RM  10,718

 PERBELANJAAN UNIVERSITI = RM300,000 – RM10,718
                                     = RM 289,282
                                        RM 14,740
                                   = RM1,900 sebulan yang mama simpan dalam pelaburannya bagi keselesaan                                                       nana kelak

Macamane yea nak plan tuk PENCEN? Cukup ke x duit


Amri berumur 23 tahun dan akan pencen pada umur 58 tahun. Jadi tempoh untuk Amri pencen 35 Tahun dari sekarang. Amri menjangka akan membelanjakan Rm 5,000 Sebulan apabila dia pencen nanti

PENGIRAAN PERBELANJAAN AMRI UTK SETAHUN(apabila dier pencen)

RM5,000 Sebulan  X  12 Bulan   =  RM 60,000.00

Kerana taraf hidup yang semakin baik hayat Amri semakin panjang  dan jangkaan hidup  sehingga 72 tahun.
So, Amri ada 14 tahun lagi selepas pencen (72 Tahun - 58 tahun  = 14 Tahun)

PENGIRAAN PERBELANJAAN SELEPAS PENCEN

RM 60,000 x 14 Tahun = RM 840,000.00

PERMULAAN PELABURAN AMRI RM1,000
RM1,000        (35 Tahun untuk Pencen )             RM 281,024
                                                                            10 (RM10,000/RM1,000)
                                                                                    = RM28,102

PERBELANJAAN SELEPAS PENCEN JUMLAH BULANAN SELAMA 10 TAHUN

RM 840,000 – 28,102 = RM 811,892.00
                                            RM  382,828

                                      = RM 2.12 x 100%

                                     = RM 212 SEBULAN

                                     = RM 220 SEBULAN potongan yg perlu dibuat oleh Amri

Saturday, December 18, 2010

kos n plan kewangan tuk p haji



Mak Timah berumur 60 tahun.  Beliau bercadang untuk melabur selama  5 tahun dan menggunakan wang itu untuk mengerjakan haji.
 Antara pakej yang ditawarkan untuk mengikuti ibadat haji ialah:-
  • 1)      Tabung Haji                        -- RM 12,000
  • 2)      Pakej antara 6—8 orang    -- RM 22,000
  • 3)      Pakej 2  orang                   – RM 30,000
Mak Timah telah berkenan dengan pakej yang kedua.
So,Permulaan pelaburan untuk Mak Timah dan suaminya telah ditunjuk di bawah

PERMULAAN PELABURAN

RM 5,000        (10% , 5 TAHUN)                     RM 16,105

KERANA RM5,000. SO, BAHAGI UTK DUA ORANG(Mak timah n suami) Jadi RM8,052
PAkej 2 Orang haji memerlukan

RM 44,000 – RM8052  =  RM35,948
                                              RM7,808 (10% Utk 5 Tahun)

                                                = 4.6 x 100%

                                                = RM460 Sebulan potongan mak Timah utk mcapai RM44,000 dalam 5 tahun
Besar jumlah wang pokok atau panjangkan tempoh potongan bulanan seandainya nak kurangkan bayaran bulanan.


NumaNuma hohoho

nice n cute gak laa penari tu.. setelah berbulan2 mpraktikkan, akhirnya dpt mghasilkan sebuah album.

Nasihat nuqman kpd anaknya

Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu HINA di waktu siang dan GELISAH di waktu malam.

public Mutual no. 1



  Pada December 2010  PUBLIC MUTUAL adalah sebuah pengurus dana unit amanah swasta yang terbesar di MALAYSIA dan telah beroperasi lebih daripada 30 tahun untuk rakyat negara ini.

      PUBLIC MUTUAL adalah ahli kumpulan Public Bank, berbangga kerana telah mendapat kepercayaan lebih daripada 2,300,000 para pelabur.Public Mutual menguruskan 82 dana dengan nilai aset bersih melebihi RM40.2 BILLION.  Public Mutual juga merupakan penerima Skim Pelaburan Ahli KWSP yang terbesar dan menguruskan nilai dana KWSP melebihi RM 5.6 BILLION.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...