Monday, December 20, 2010

Belanja Or Simpan yg jadi keutamaan anda?

 sayang kan, ramai yang tidak tahu penting nya mempunyai emergency fund. selalu dapat gaji, beli itu, beli ini, makan mahal2, pergi makan angin, melancong, tut... tut... baki yang ada cukup- cukup untuk survivor hingga hujung bulan.
Sebabnya tak mengapa isteri makan gaji, tak mengapa tahun depan gaji naik, tak mengapa ini kan tinggal kat Malaysia, masih banyak subsidi dari kerajaan.
Masa bila anda nak sedar?
1.)Masa dah bersara, agak-agak anak bagi tak duitnya? bagi..
berapa?  ..RM200 ,RM300, RM500.. tapi mereka jugak ada isteri, anak-anak yang semakin membesar. mereka juga ada angan-angan nak tukar kereta, beli rumah dan hantar anak masuk Universiti.
Jadi selama mana mereka akan membiayai perbelanjaan kita?
setahun, dua tahun atau sehungga kita berumur 75 tahun.. ada yang mampu tapi kadang-kadang.

2.) Ada pencen dan duit EPF
Berapa jumlah EPF? Bulanan pencen?
RM100 ribu EPF, pencen RM1000 sebulan.
Kos hidup semakin meningkat setiap tahun, anda rasa cukup ke nak teruskan hidup dengan wang itu? 
saya tolong kirakan.

perbelanjaan bulanan                      Jumlah EPF                              Masa yang digunakan
RM1000                                            RM100,000                                          8 TAHUN, 6 BULAN
RM2000                                            RM100,000                                          4 TAHUN, 8 BULAN
RM4000                                            RM100,000                                          2 TAHUN, 1 BULAN
RM8000                                            RM100,000                                          1 TAHUN, 1/2 BULAN

Atau selepas anda bersara anda masih ingin bekerja? Larat kah anda? anda jamin anda tiada sakit kritikal pada masa itu? Bebas dari sebarang penyakit?
Kalau ya, Alhamdulillah.
Tetapi siapa yang mahu mengambil anda bekerja dan kerja yang bagaimana sesuai dengan anda?

3.) kos hospital dan perubatan tinggi dan meningkat saban tahun.
pada satu pagi anda bangun dari tidur, anda kaku dan diserang penyakit. Doktor memaklumkan kos rawatan anda RM80 Ribu.
Pasangan anda memikir sejenak, dimana nak cari wang sebanyak itu? Siapa yang nak menolong anda?
kenapa anda tidak menabung pada masa sihat anda dahulu.
anda hanya mempunyai dua pilihan samada berhutang atau terbaring di hospital menunggu sakit itu sembuh atau menunggu ajal tiba.
Tempoh sakit anda hanya Ilahi yang tahu dan tentukan.
nauzibillah, minta dijauhi semua ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...